30 April 2013

IMAN

iman itu sendiri membawa maksud yang banyak.
yakin dengan Allah melalui perbuatan, hati, dan percakapan kita.
Mempercayai rukun Iman dengan sepenuhnya tanpa perlu ada sedikit pun perasaan ragu-ragu.
Iman itu penting untuk membentuk modal insan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat sana kelak.

Iman boleh dibahagikan kepada 4

1) Iman Para Malaikat Sentiasa Mendatar
2) Iman Para Rasul Sentisa Menjulang Tinggi
3) Iman Manusia, ada kala naik, ada kala menurun
4) Iman Jin & Syaitan Sentiasa Menurun.

Sentiasa beribadah kepadaNya. Tak susah.
Paling tidak, laksanakanlah solat lima waktumu. Paksa diri.
Kemudian, anda pasti akan mula terbiasa. Dan jika ada rahmatNya,
Kamu akan merasai akan nikmat beribadat itu sendiri.
In Shaa Allah. Mudah 'disana' nanti.




wonder..

susahlah nak menaip nie.
mungkin kena ubah cara nie kot.
try buat video lha plak.
lagi mudah. just cakap.
pronoun tatabahasa apa entah, tak perlu runsing lagi.
tp, dimana mau cari kamera itu semua?

Saidina Ali Karamallahu Wajhah

Saidina Ali..
Kanak-2 pertama yang memeluk Islam. Tiada pernah menyembah berhala.
Seorang yang berani dalam menegakkan agama.
Terkenal dengan sifatnya yang sentiasa merendah diri kepada Allah.

Pernah sekali semasa berperang, beliau hampir mahu membunuh seorang Quraisy,
kemudian  beliau telah diludahi oleh pihak Quraisy di mukanya,,
Lantas, beliau berpaling dan terus pergi.

Si Sifulan tadi merasa aneh,
kenapa Saidina Ali tidak membunuhnya,
Lalu dia bertanyakan Ali,
"Kenapa engkau tidak membunuhku terus?"
Jawab Ali, "Jika kau tidak ludah ke atasku, mungkin aku telah membunuhmu kerana Allah SWT,
tetapi, setelah engkau meludah ke atasku, aku tiada daya untuk membunuhmu,
kerna mungkin aku membunuhmu kerana perasaan marahku, bukannya kerana Allah"..

Itulah agungnya pahlawan ini. Banyak lagi kisah yang menarik tentang Saidina Ali.
Sekadar berkongsi ilmu sesama kita. In Shaa Allah. Semoga kita sama-2 diberi berkat oleh Allah SWT.


29 April 2013

Berdoa

Asslamualaikum semua.
cikebom cik~
semoga hari-2 anda dipayungi oleh darjat kebesaran Allah. In Shaa Allah.
Hari nie, aku sekadar ingin berkongsi dengan kalian cara-2 untuk berdoa..
ini apa yang aku dapat masa aku belajar di SMKA Falahiah dulu.
Sekadar untuk persiapan bekalan di akhirat sana.
Sharing-2 lha yer sesama kita Hamba Allah.


28 April 2013

Masa..

Masih memerlukan sedikit ruang utk menceduk sedikit kekuatan,
masih mencari ruang utk meminta pertolongan,
masih mencari kekuatan mental yg di-idamkan.
oh hati.
KUATLAH. BANGKITLAH!

25 April 2013

Doaku Ya Allah...

Limpahkanlah rahmat-Mu ke atas dirinya..
Manusia ini,
Selalu berusaha utk memberikan aku satu senyuman..
Di saat ini,
aku tiada terdaya..
kepadamu Ya Rabb.. ku panjatkan doa...


sahabatku sekalian.. berdoalah bersamaku...
supaya Allah membantu aku, 
cuba utk memberi senyuman buat insan ini...

24 April 2013

Teruskan Berjuang Saudaraku..

Ya Allah..
Kurniakanlah darjat ketinggian buat saudara-saudaraku di Syria..
Kuatkan hati mereka.. Siramilah hati mereka dengan cahaya Iman-Mu Ya Tuhanku..
Mereka berjuang untuk menegakkan agama-Mu Tuhanku..
Hantarkan bala tentera-Mu untuk memerangi rejim Basyar al-Assad..
Sepertimana Engkau hantar burung Ababil untuk menjatuhkan tentera bergajah!!
Allahuakbar! Allahuakbar!



Lihatlah video rintihan saudara kecil kita disana.. hulurkan doamu saudara-saudaraku.. In Sha Allah, Allah itu Maha Mendengar..

23 April 2013

hanya jika kau rasa 'getarnya'


sekejap pun..

sekejap pun, tidak mengapalah.
thanks. :D

shockk!!

wuut wuut~

terkezuttt aku pagi nie setelah terjaga dari tidur td.. erk.pagi ke?
lantaklah kan.
bukan terkejut sebab terkena renjatan ke apa ke.. bukann. lagi kuat dari itu taw.
sampai nak terkoyak kulit dada aku nie.
bergeletar di dalam..
hahaha. hanya kerana 'kamu'.
by the way, thanksss

22 April 2013

MY ONLY WISH - GAZA


saudaraku.
kuatlah kamu semua disana.
doa yang mampu ku iringkan buat bekalan perjuangan
dan bekalan buatku di AKHIRAT kelak.
kejarlah syahid.
In Shaa Allah.

'KAMU'

'KAMU'.
Take care. Jgn abaikan kesihatan 'kamu'. 


nanti, kena ulang-alik hospital lagi.
and,
jangan tidur lewat sgt taw. ;-D
chill. Friend?


Shelamat Pagi Shemuaa

subhanallah. 

yaaarhhhhhhhhhhh~ menggeliat setelah berjam-jam lamanya aku biarkan roh ini keluar berjalan.
ALHAMDULILLAH sebab masih diberi kenikmatan untuk terus hidup.

ternyata, seronok bangun di awal pagi nie.
dengan persekitaran yang baru mula untuk memberikan kesegaran buat seluruh hamba-hamba Allah.
yer. Si Dialah yang telah mengaturkan segalanya.
kita hanya boneka ciptaan-Nya yang memegang watak masing-masing di atas muka bumi.
kita yang mencorakkan hidup kita sendiri.
kesenangan, kepayahan, keperitan hidup, semuanya kita campur adukkan di dalam sengketa ini.
yang bijak menangani, akan terus berada di puncak..
yang malas, pasti akan ditinggalkan dek kemajuan dunia.
ayuhlah, bangkit. kau, aku, kamu ! kita bangkit bersama.

Trafik

fening-fening lalat
aduii.
masih lagi dalam sistem baik pulih.
aku tak tahu nak letak apa lagi..
tunggu jer lha yer semua..
tengok apa yang akan jadi pada blog aku nie.

Terima Kasih..

hai semua.
permulaan yang harus dimulakan kembali.
blog aku masih lagi dalam penyelenggaraan.
stay tuned ok.
i'll be right back soon.
chill out!