Saidina Ali..
Kanak-2 pertama yang memeluk Islam. Tiada pernah menyembah berhala.
Seorang yang berani dalam menegakkan agama.
Terkenal dengan sifatnya yang sentiasa merendah diri kepada Allah.
Pernah sekali semasa berperang, beliau hampir mahu membunuh seorang Quraisy,
kemudian beliau telah diludahi oleh pihak Quraisy di mukanya,,
Lantas, beliau berpaling dan terus pergi.
Si Sifulan tadi merasa aneh,
kenapa Saidina Ali tidak membunuhnya,
Lalu dia bertanyakan Ali,
"Kenapa engkau tidak membunuhku terus?"
Jawab Ali, "Jika kau tidak ludah ke atasku, mungkin aku telah membunuhmu kerana Allah SWT,
tetapi, setelah engkau meludah ke atasku, aku tiada daya untuk membunuhmu,
kerna mungkin aku membunuhmu kerana perasaan marahku, bukannya kerana Allah"..
Itulah agungnya pahlawan ini. Banyak lagi kisah yang menarik tentang Saidina Ali.
Sekadar berkongsi ilmu sesama kita. In Shaa Allah. Semoga kita sama-2 diberi berkat oleh Allah SWT.

No comments:
Post a Comment