Nabi saw bersabda yg artinya :
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi.
(tak pasti sahih atau tidak)
Demokrasi. Malaysia sebuah negara demokrasi.
Yer ke? Betul ke? Benar?
bagi aku, selagi tampuk dipegang oleh manusia yg hanya pentingkan kebaikan diri,
yang hanya tahu menilai yang zahir sahaja,
belum cukup or BELUM LAYAK untuk digelar pemimpin.
pemilihan ini bagi aku akan lebih telus andai..
kita jemput pemantau dari luar untuk memegang jawatan sebagai pengerusi SPR.
biar diorang yang uruskan segalanya.
selagi MELAYU, sogok duit sikit, TAKUT kerja hilang,
terus-terusan terima bahkan sanggup menipu diri sendiri,
hanya yang penting, kepentingan nya dijaga.
HENTIKANLAH wahai saudaraku. Sudahlah.
Sudah tiada masa lagi. Dunia dah semakin usang.
BERTAUBATLAH.
No comments:
Post a Comment